Resepi Spagethi yang sihat

Posted in Uncategorized on April 17, 2010 by shadowsinzai
  1. 500 gram spaghetti (sepeket)
  2. 300 gram isi ayam, dipotong dadu (boleh tambah jika suka)
  3. 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  4. 3 ulas bawang putih – dicincang halus
  5. 1 biji lada benggala (capsicum) merah – didadu
  6. 1 batang carrot – didadu
  7. ½ tin cendawan butang – dihiris ikut suka (boleh juga guna cendawan tiram)
  8. 2 biji tomato segar – dipotong enam
  9. 100 gram daun parsley segar – dihiris halus bahagian daun sahaja, macam buat kerabu
  10. 2 sudu besar lada hitam serbuk (yang kasar-kasar)
  11. ½ sudu teh herba oregano kering (jika suka)
  12. Perahan ½ biji lemon atau 2 sudu besar cuka apel (cider vinegar)
  13. 1 kiub stok ayam
  14. 1 cawan minyak  zaitun
  15. Garam secukupnya

Caranya adalah

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk yang besar. Masukkan spaghetti apabila air mendidih dengan sedikit garam. Bila pasta lembut, angkat dan toskan.
  2. Dengan menggunakan api sedang, tumis bawang besar dan bawang putih dengan minyak zaitun. Jangan ditumis garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging ayam, kacau hingga nampak kesemua daging ayam telah masak.
  4. Masukkan capsicum, carrot dan cendawan dan tomato. Kacau rata.
  5. Masukkan lada hitam, daun parsley, herba oregano (jika suka), dan taburan kiub ayam. Kacau sebentar dan tutup api.
  6. Ambil spaghetti yang telah direbus tadi, masukkan dalam kuali yang dimasak ayam tadi (masih panas). Toskan hingga rata.
  7. Masukkan perahan lemon atau cider vinegar, dan toskan spaghetti lagi. Perasakan garamnya, jika kurang masin, taburkan sedikit garam dan toskan lagi. Jika suka pedas, boleh tambah chilli flakes atau lebihkan lada hitam.
  8. Mesti dihidang terus, panas-panas.
  9. Tips : Minyak zaitun yang digunakan agak banyak kerana ia menjadi base sauce yang menyalut spaghetti. Minyak ini menyihatkan kerana ianya monounsaturated, dan baunya juga lebih harum.

Posted in Uncategorized on April 15, 2010 by shadowsinzai
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.